openSUSE Leap 42.3

Nota Terbitan

openSUSE Leap ialah sistem operasi berasaskan Linux dan percuma untuk PC anda,
laptop atau server. Anda boleh melayari Web, menguruskan email, foto, melakukan
kerja pejabat, bermain video atau muzik dan menikmati pelbagai keseronokan!

Publication Date: 2021-02-11 , Version: 42.3.20191025.47f19083

1 Pemasangan
2 Naik Taraf Sistem
3 Umum
4 Maklumat tambahan dan maklum balas

Penghujung tempoh penyelenggaraan untuk openSUSE Leap 42.3 telah dicapai. Untuk
memastikan sistem anda dikemaskini dan mantap, sila naik taraf ke versi
openSUSE terkini. Sebelum memulakan naik taraf, pastikan penyelenggaraan
kemaskini untuk openSUSE Leap 42.3 telah dilakukan.

Untuk maklumat lain berkaitan naik taraf ke openSUSE versi sekarang, sila lihat
http://en.opensuse.org/SDB:Distribution-Upgrade.

Sekiranya anda menaik taraf dari versi terdahulu ke openSUSE Leap, lihat nota
terbitan terdahulu seperti yang disenaraikan di sini: http://en.opensuse.org/
openSUSE:Release_Notes.

Maklumat berkenaan projek ini boleh didapati di https://www.opensuse.org.

1 Pemasangan

Bahagian ini mengandungi nota berkaitan pemasangan. Arahan naik taraf
terperinci, sila lihat dokumentasi di https://doc.opensuse.org/documentation/
leap/startup/html/book.opensuse.startup/part.basics.html.

1.1 Pemasangan Sistem Minimal

Untuk mengelakkan sebahagian pakej besar yang disarankan terpasang, corak
pemasangan minimal menggunakan corak lain yang bermasalah dengan pakej yang
tidak diingini. Corak ini, patterns-openSUSE-minimal_base-conflicts, boleh
dibuang selepas pemasangan.

Ambil perhatian bahawa pemasangan minimal adalah tanpa firewall. Sekiranya anda
memerlukannya, sila pasang SuSEfirewall2.

1.2 UEFI — Unified Extensible Firmware Interface

Pemasangan openSUSE dalam sistem yang boot menggunakan UEFI (Unified Extensible
Firmware Interface), anda dinasihatkan supaya memeriksa terlebih dahulu
kemaskini firmware dari pembekal peralatan, sekiranya ada, kemaskini berkaitan
perlu dipasang. Kewujudan Windows 8 adalah penanda bahawa sistem anda boot
dengan menggunakan UEFI.

Latar belakang: Terdapat UEFI firmware yang mempunyai pepijat boleh
mengakibatkan kerosakan banyak data yang ditulis atas storan UEFI.
Walaubagaimanapun, tiada data yang tepat berapa banyak “yang dikatakan banyak”.

openSUSE mengurangkan risiko dengan tidak menulis lebih dari minima yang
sepatutnya untuk boot OS. Minima bermaksud arahan kepada UEFI firmware tentang
lokasi openSUSE boot loader. Ciri-ciri Linux kernel bahawa penggunaan UEFI
untuk menyimpan boot dan maklumat ralat (pstore) telah dilumpuhkan secara asal.

1.3 Partition UEFI, GPT dan MS-DOS

Berserta dengan spesifikasi EFI/UEFI, cara baharu partition digunakan: GPT
(Guid Partition Table). Skim baharu ini secara keseluruhan menggunakan
pengenalan yang tersendiri (nilai 128-bit dipaparkan dalam digit 32
hexadecimal) untuk mengenal pasti alatan storan dan jenis-jenis partition.

Tambahan lagi, spesifikasi UEFI juga membenarkan partition legasi MBR (MS-DOS).
Boot loader Linux (ELILO atau GRUB 2) cuba untuk menghasilkan GUID secara
automatik dalam partition legasi, dan menulis kepada firmware. GUID boleh
bertukar secara kerap, mengakibatkan penulisan semula kepada firmware.
Penulisan semula mengandungi dua operasi yang berbeza: Membuang entri lama dan
menghasilkan satu entri baru menggantikan yang pertama.

Firmware yang moden mempunyai sisa yang mengumpul entri-entri yang telah
dipadam dan melapangkan memori yang telah disediakan untuk entri-entri yang
lama. Masalah akan timbul apabila firmware yang bermasalah tidak mengumpul dan
melapangkan entri-entri tersebut. Ini mengakibatkan kepada sistem yang gagal
diboot.

Untuk penyelesaian, tukarkan partition legasi MBR ke GPT.

1.4 Naiktaraf Stack Kernel Grafik

On openSUSE Leap 42.3, the upgrade of the graphics stack up to 4.9.x kernel
code is provided via the package drm-kmp-default instead of backporting many
patches into the kernel itself. Usually, this package is installed
automatically during the OS installation when a corresponding graphics device
is found on your machine.

The KMP gives users also another benefit: You can roll back to the 4.4.x kernel
code by uninstalling this package. If you face critical issues, like a hung
GPU, try to uninstall the package as shown below, then reboot and retest:

zypper rm drm-kmp-default

1.5 Penukaran Untuk Pengguna Cara Memasang Driver Nvidia Secara Manual

Dengan openSUSE Leap 42.3, anda perlu nyahpasang pakej drm-kmp-default terlebih
dahulu, sebelum anda memasang driver Nvidia secara manual menggunakan .run
skrip shell:

zypper rm drm-kmp-default

Sekiranya anda memasang RPM disediakan oleh Nvidia, anda tidak akan terkesan
dengan isu ini, kerana pakej drm-kmp-default digantikan semasa pemsanagn driver
secara automatik.

Sekiranya anda bercadang untuk nyahpasang driver Nvidia kemudian, pastikan
untuk memasang semula pakej drm-kmp-default.

Untuk maklumat lanjut, lihat https://bugzilla.suse.com/show_bug.cgi?id=1044816.

2 Naik Taraf Sistem

Bahagian ini menyenaraikan nota berkaitan tentang menaik taraf sistem. Untuk
arahan naik taraf terperinci, lihat dokumentasi di https://doc.opensuse.org/
documentation/leap/startup/html/book.opensuse.startup/cha.update.osuse.html.

Additionally, check Section 3.1, “Deprecated Packages”.

2.1 Naik Taraf dari openSUSE Leap 42.2

2.1.1 Pakej Yang Telah Dibuang dan Digantikan

Pakej-pakej berikut telah dibuang dan digantikan dibandingkan dengan openSUSE
Leap 42.2:

  • ldapjdk: Gagal dibina untuk 42.3.

  • libatlas3: Fails to build on 42.3.

  • castor: Gagal untuk dibina untuk 42.3.

  • fontinfo: Tidak pernah berhasrat untuk diterbitkan sebagai pakej yang
    stabil.

  • plasma5-mediacenter: Digugurkan oleh pemaju setelah versi 5.7.3.

  • perl-Mojolicious-Plugin-Bootstrap3: Dilupuskan oleh pemaju, fungsi
    digantikan oleh perl-Mojolicious-Plugin-AssetPack.

  • qtsharp: Gagal dibina untuk 42.3.

  • rubygem-mysql: Digantikan oleh rubygem-mysql2.

2.1.2 Driver Synaptics Touchpad dengan KDE Plasma

Dalam openSUSE Leap 42.2, driver X11 synaptics (pakej xf86-input-synaptics)
telah tidak dipasang secara sedia (lihat Section 2.2.4, “Driver Synaptics X
boleh mengurangkan keberkesanan Touchpad bawah GNOME”). Walaubagaimanapun, KDE
Plasma hanya menawarkan tawaran terhad pilihan konfigurasi untuk pengganti,
iaitu libinput.

Semenjak dari openSUSE Leap 42.3, xf86-input-synaptics pakej dipasang berserta
dengan desktop KDE Plasma (dicadangkan oleh plasma5-workspace).

2.1.3 Perubahan dalam Desktop KDE Search Indexing

Dalam openSUSE Leap 42.3, pencarian desktop hanya penunjuk nama-nama fail
secara tersedia, bukan isi kandungan fail.

Kandungan penunjuk fail perlu didayakan secara manual, walaupun telah didayakan
sebelumnya, memandangkan konfigurasi tersedia yang sebelum tidak disimpan
kekal. Untuk berbuat begitu, ikut langkah-langkah tersebut:

 1. Menggunakan menu utama atau krunner, lancarkan Konfigurasi Desktop.

 2. Klik Search.

 3. Aktifkan check box juga penunjuk kandungan fail.

 4. Klik Apply.

2.1.4 Shorewall telah dinaik taraf ke versi 5.1

Dalam openSUSE Leap 42.3, Shorewall telah dinaik taraf ke 5.1 stabil terkini.
Semasa naik taraf, shorewall dan shorewall6 akan memberi amaran kepada admin
bahawa naik taraf konfigurasi diperlukan dijalankan.

Dokumentasi boleh didapati di http://shorewall.net/.

Procedure 1: Naik taraf Shorewall

 1. Dengan root dalam sesi konsole, jalankan:

    root #shorewall update -a /etc/shorewall

 2. Selaraskan konfigurasi anda dengan syntax yang baharu dalam perkara dimana
    aturan tidak berjalan. Ini biasanya hanya diperlukan secara spesifik,
    konfigurasi yang sangat kompleks.

 3. Pastikan dan semak hasil konfigurasi dengan:

    root #shorewall try /etc/shorewall

    Sekiranya semua berjalan lancar, reboot komputer anda dan mulakan servis
    dengan:

    root #systemctl restart shorewall.service

Note

Note: Naik taraf shorewall6

Proses naik taraf untuk shorewall6 sepadan dengan proses untuk shorewall yang
diterangkan dalam Procedure 1, “Naik taraf Shorewall”. Namun begitu, anda perlu
menukarkan segala keperluan shorewall dengan shorewall6.

2.1.5 Pakej versi GCC 6 Menyamai Pakej Yang Disertakan Dengan SLE 12 SP3

openSUSE Leap 42.2 telah dikeluarkan secara tidak sengaja dengan versi
terbaharu GCC 6 dari apa yang telah dikeluarkan oleh SUSE Linux Enterprise
semasa itu. Ini telah diperbetulkan dalam openSUSE Leap 42.3 versi yang sama
digunapakai GCC 6 sepertimana SUSE Linux Enterprise 12 SP3.

Walaubagaimana pun, sekiranya GCC 6 dipasang, ini akan akan mengakibatkan pakej
diturunkan semasa sistem operasi dinaiktaraf.

2.2 Naik taraf dari openSUSE Leap 42.1

2.2.1 Pakej Yang Telah Dibuang dan Digantikan

Pakej-pakej berikut telah dipadamkan atau digantikan dibandingkan dengan
openSUSE Leap 42.1:

  • arista: Digantikan oleh transmageddon.

  • cadabra: Sumber kod tidak lagi dibina. Penggantinya, Cadabra 2 masih belum
    stabil lagi.

  • dropbear: Digugurkan kerana tiada kelebihan yang berkaitan berbanding 
    openssh.

  • emerillon: Digantikan oleh gnome-maps.

  • gnome-system-log: Digantikan oleh gnome-logs.

  • hawk: Digantikan oleh hawk2.

  • ksnapshot: Digantikan oleh spectacle.

  • labplot: Labplot telah digantikan oleh versi Qt5, dipanggil labplot-kf5.
    Sekiranya anda menaik taraf dari openSUSE Leap 42.1 pemasangan yang mana 
    labplot telah dipasang, anda akan mendapat labplot-kf5 secara automatik.

  • nodejs: Ditukar nama ke nodejs4.

  • psi: Digantikan oleh psi+.

  • python-moin: Digantikan oleh moinmoin-wiki. Hanya ubah nama, bukan versi
    naik taraf - pengantian seakan rupa.

  • ungifsicle: Digantikan oleh gifsicle.

  • xchat: Digantikan oleh hexchat.

2.2.2 /var/cache dalam Own Subvolume untuk Snapshots dan Rollback

/var/cache mengandungi banyak data yang rapuh, seperti Zypper cache dengan
pakej RPM dalam versi yang berlainan setiap kali kemas kini dilakukan. Hasil
dari penyimpanan data yang kebanyakannya sangat rapuh, jumlah penggunaan ruang
yang digunakan adalah amat pantas.

Sebagai penyelesaian, pindah /var/cache kepada subvolume yang berasingan.
Pemasangan baharu openSUSE Leap 42.3, ianya dilakukan secara automatik. Untuk
penukaran sistem fail root sedia ada, lakukan langkah-langkah berikut:

 1. Cari nama pemacu (sebagai contoh, /dev/sda2 atau /dev/sda3) dalam sistem
    fail root:

    df /

 2. Kenal pasti subvolume induk dari subvolume yang lain. Untuk pemasangan
    openSUSE 13.2, subvolume dinamakan @. Untuk semak sekiranya anda mempunyai
    @ subvolume, gunakan:

    btrfs subvolume list / | grep '@'

    Sekiranya hasil dari arahan adalah kosong, anda tidak mempunyai subvolume
    bernama @. Sekiranya begitu, anda boleh meneruskan dengan subvolume ID 5
    yang digunakan oleh versi openSUSE yang terdahulu.

 3. Sekarang dirikan subvolume yang diperlukan.

      □ Sekiranya anda mempunyai @ subvolume, dirikan subvolume tersebut ke
        tempat yang sementara:

        mount <root_device> -o subvol=@ /mnt

      □ Sekiranya anda tidak mempunyai @ subvolume, dirikan subvolume ID 5:

        mount <root_device> -o subvolid=5 /mnt

 4. /mnt/var/cache berkemungkinan telah sedia wujud dan boleh jadi dalam
    direktori yang sama sebagai /var/cache. Untuk mengelakkan kehilangan data,
    pindahkan:

    mv /mnt/var/cache /mnt/var/cache.old

 5. Buat satu subvolume baharu:

    btrfs subvol create /mnt/var/cache

 6. Sekiranya terdapat satu direktori /var/cache.old, pindahkannya ke lokasi
    yang baharu:

    mv /var/cache.old/* /mnt/var/cache

    Jika sebaliknya, lakukan:

    mv /var/cache/* /mnt/var/cache/

 7. (Optional) Sebagai pilihan, padam /mnt/var/cache.old:

    rm -rf /mnt/var/cache.old

 8. Unmount subvolume daripada mount point sementara:

    umount /mnt

 9. Masukkan satu entri kepada /etc/fstab untuk subvolume /var/cache yang
    baharu. Gunakan subvolume sedia ada sebagai contoh untuk ditiru. Pastikan
    untuk membiarkan UUID tidak disentuh (ini ialah sistem fail root UUID) dan
    tukarkan nama subvolume dan tapak mount selaras dengan /var/cache.

10. Dirikan subvolume baharu seperti yang diperincikan dalam /etc/fstab:

    mount /var/cache

2.2.3 GNOME Keyring tidak lagi bergabung dengan GPG lagi

Gabungan ejen GPG dalam GNOME Keyring telah digugurkan. Dengan itu, GNOME
Keyring tidak boleh digunakan untuk menguruskan kunci GPG lagi . Anda boleh
menguruskan kunci GPG dalam baris arahan menggunakan alat gpg.

2.2.4 Driver Synaptics X boleh mengurangkan keberkesanan Touchpad bawah GNOME

Dalam openSUSE Leap 42.1, driver Synaptics X (pakej xf86-input-synaptics) telah
dipasang secara sedia tetapi mempunyai tumpuan yang kurang berbanding driver
libinput (xf86-input-libinput).

Dengan openSUSE Leap 42.3:

  • Driver Synaptics X tidak lagi dipasang secara sedia.

  • Sekiranya driver Synaptics X dipasang, ianya akan digunakan untuk mana-mana
    pad sesentuh.

  • Driver Synaptics X tidak lagi disokong oleh GNOME. Ini bermakna sekiranya
    driver telah dipasang, pad sesentuh Synaptics hanya boleh diatur
    sepertimana asas tetikus.

Melainkan anda menggunakan pad sesentuh Synaptics dan mempunyai banyak
konfigurasi untuk driver Synaptics, buang pakej tersebut dari sistem anda:

sudo zypper rm xf86-input-synaptics

2.2.5 AArch64: Saiz helaian telah berubah dari openSUSE Leap 42.1 kepada
openSUSE Leap 42.3

Dalam openSUSE Leap 42.1, saiz page tersedia untuk platform AArch64 adalah 64
kB. Dengan openSUSE Leap 42.3, saiz page telah ditukarkan ke 4 kB. Ini boleh
mengakibatkan Swap dan Btrfs sistem fail lama gagal.

Sekiranya anda menggunakan openSUSE Leap 42.1 dengan AArch64, digalakkan
pemasangan baharu openSUSE Leap 42.3 daripada cara naik taraf.

2.2.6 Sistem dengan CCISS Controllers Berkemungkinan Gagal Boot Selepas Naik
Taraf

Driver untuk Compaq/HP Smart Array (CCISS) controllers (cciss.ko) tidak lagi
menyokong sebahagian kawalan secara tersedia. Ini boleh membawa kepada disk
root tidak boleh dibaca oleh kernel openSUSE Leap 42.3.

Dalam sistem yang terkesan, driver CCISS boleh diaturkan semula untuk
mengembalikan kepada keadaan telah lepas dan untuk mengesan kawalan kembali.
Untuk berbuat begitu, tambahkan kedalam kernel parameter cciss.cciss_allow_hpsa
=0.

3 Umum

Bahagian ini menyenaraikan isu-isu umum dengan openSUSE Leap 42.3 yang tidak
berkaitan dengan mana-mana kategori.

3.1 Deprecated Packages

The following packages are still shipped as part of the distribution but are
deprecated. The packages exist to aid migration, but their use is discouraged
and they may not receive updates. The packages will be removed in the next
version of the distribution.

  • lxdm: Unmaintained, use lightdm instead.

  • mysql-community-server: May not receive maintenance and security fixes
    anymore. We advise migrating to mariadb.

  • ruby2.2-*: For development only. Use Ruby 2.1 or 2.4 instead.

  • ruby2.3-*: For development only. Use Ruby 2.1 or 2.4 instead.

  • uClibc: Unmaintained.

To check whether installed packages are no longer maintained: Make sure that 
lifecycle-data-openSUSE is installed, then use the command:

zypper lifecycle

3.2 Perisian KDE untuk Personal Information Management (KDE PIM)

KDE PIM 4.x todak lagi disokong oleh KDE, tetapi masih tetap digunakan dalam
openSUSE Leap 42.2 berserta dengan KDE PIM 5 untuk mengelakkan gangguan aliran
kerja pengguna dan memudahkan perpindahan.

Dengan openSUSE Leap 42.3, kumpulan KDE PIM 4.x telah digugurkan dan hanya
sokongan kumpulan KDE PIM 5 disertakan.

3.3 Tiada Kunci Skrin Semasa Menggunakan GNOME Shell Tetapi Tidak Dengan GDM

Apabila menggunakan GNOME Shell berserta dengan pengurus login selain dari GDM,
seperti SDDM atau LightDM, skrin tidak akan dikosongkan atau dikunci. Ditambah
lagi, penukaran pengguna tanpa log keluar akan gagal.

Untuk membolehkan skrin dikunci dari GNOME Shell, upayakan GDM sebagai pengurus
login anda:

 1. Pastikan pakej gdm telah dipasang.

 2. Buka YaST dan dari situ, buka /etc/sysconfig Manager.

 3. Arahkan ke Desktop › Display manager › DISPLAYMANAGER.

 4. Dalam kotak teks, pilih gdm. Untuk simpan, klik OK.

 5. Reboot.

3.4 Sokongan Menu Global dalam KDE Plasma

Dengan KDE Plasma 5.9, KDE mengenalkan sokongan untuk menu global yang dikenali
dari awalan KDE desktop.

Dalam openSUSE Leap 42.3, barisan applikasi menu plasmanoid juga boleh
didapati.

Note

Note: Applikasi Non-Qt Berlaku Ralat

Applikasi yang tidak menggunakan Qt toolkit berkemungkinan tidak menyokong
global menu atau bersifat tidak betul.

3.5 Memainkan Fail MP3 Media

Bermula dengan openSUSE Leap 42.3, codecs untuk memainkan fail media MP3
sekarang tersedia berdasarkan repositori standard.

Untuk menggunakan dekoder dalam applikasi gstreamer-based and frameworks,
seperti Rhythmbox atau Totem, pasang pakej gstreamer-plugins-ugly.

3.6 Tiada sokongan untuk Font Type-1 dalam LibreOffice

LibreOffice 5.3 tidak lagi menyokong legasi font Type-1 (file extensions .afm
dan .pfb). Kebanyakkan pengguna tidak akan terjejas disebabkan itu, font
terkini boleh didapati dalam format TrueType (.ttf) atau format OpenType
(.otf).

Sekiranya anda terjejas, tukarkan font Type-1 kepada format lain yang disokong,
seperti TrueType dan gunakan font yang telah diubah tersebut. Penukaran adalah
boleh dengan applikasi FontForge (package fontforge) yang telah disediakan
dalam openSUSE. Untuk maklumat lanjut pnukaran tersebut, lihat https://
fontforge.github.io/en-US/documentation/scripting/.

4 Maklumat tambahan dan maklum balas

  • Baca README dokumen.

  • Paparan maklumat changelog yang lengkap tentang pakej tertentu dari RPM:

    rpm --changelog -qp FILENAME.rpm

    Ganti FILENAME dengan nama RPM berikut.

  • Semak fail ChangeLog dalam medium untuk susunan log sebarang perubahan yang
    dibuat kepada pakej yang telah dikemas kini.

  • Lihat maklumat lebih lanjut dalam direktori docu medium tersebut.

  • Untuk tambahan atau dokumentasi tambahan, lihat https://doc.opensuse.org/.

  • Untuk produk berita terkini, daripada openSUSE, lawati https://
    www.opensuse.org.

Hakcipta © 2021 SUSE LLC

Terima kasih kerana menggunakan openSUSE.

The openSUSE Team.

© 2021 SUSE

